Nadi X Cybersecurity (Love Scam, Job Scam & Parcel Scam)
7 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 6 Ogos 2026, telah berlangsung program NADI X Cybersecurity secara atas talian bermula pada jam 3.00 petang hingga 4.30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai keselamatan siber dan meningkatkan kesedaran terhadap ancaman penipuan dalam talian yang semakin menjadi cabaran kepada pengguna teknologi digital.
Program pada kali ini memberi fokus kepada tiga bentuk penipuan dalam talian iaitu Love Scam, Job Scam dan Parcel Scam. Peserta diberikan penerangan mengenai modus operandi yang sering digunakan oleh penipu untuk memperdaya mangsa melalui hubungan percintaan, tawaran pekerjaan palsu serta penghantaran bungkusan yang memerlukan mangsa membuat bayaran tertentu.Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan mengenai kepentingan mengenal pasti tanda-tanda awal penipuan seperti permintaan wang secara tiba-tiba, tawaran pekerjaan yang terlalu menarik, pautan mencurigakan, permintaan maklumat peribadi serta arahan membuat transaksi kepada individu atau akaun yang tidak dikenali. Peserta juga digalakkan supaya sentiasa membuat semakan terlebih dahulu dan tidak mudah mempercayai individu yang baru dikenali melalui platform digital.Program ini turut menekankan kepentingan menjaga keselamatan maklumat peribadi, kata laluan dan akaun dalam talian serta mengamalkan sikap berhati-hati sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan. Kesedaran dan pengetahuan mengenai taktik penipuan dapat membantu masyarakat mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah siber.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain sebagai pusat pembelajaran. Program ini juga dapat meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan komuniti mengenai keselamatan siber serta membentuk pengguna digital yang lebih bijak, berwaspada dan bertanggungjawab ketika menggunakan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: